SOSIOEKONOMI & MIGRASI PENDUDUK
Monday, 26 March 2012
Saturday, 17 March 2012
Globalisasi dan Pembangunan
Dengan menggunakan konsep Globalisasi dan Pembangunan, apakah yang boleh dilakukan oleh UMS untuk mengangkat ilmu dan maklumat berlandaskan ilmu geografi mengenai SABAH DAN ALAMNYA. Kaitkan bahan bacaan 2 dan Projek laman web/blog kamu untuk merungkai bagaimana idea tersebut boleh menjadi realiti.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan satu-satunya unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan (UPEP) yang boleh diberi tanggungjawab akademik mengkategori kembali secara sistematis ilmu pengetahuan yang sedia ada dan kaya mengenai “Sabah, Manusia dan Alamnya”. Oleh itu, untuk membina satu tapak epistemologi yang membolehkan kita membangun sendiri dari segi teori, konsep, alat analisis baru berdasarkan penemuan empirikal baru. Selain itu, dalam mengembangkan konsep ini boleh juga merujuk kepada tradisi ilmiah di luar lingkungan bahasa inggeris, seperti bahasa Perancis, Jerman dan sebagainya yang boleh menunjukkan kelainan orentasi apabila dibandingkan dengan tradisi Anglo-Saxon.
Oleh itu, dalam menjayakan projek ini boleh dimasukkan tentang empat domain, satu negeri. Antara 4 domain tersebut ialah,
1. Kewilayahan geografi
Perkara pertama yang menentukan identiti sesebuah peradaban. Yang meletakkan dua faktor utama iaitu manusia dan alam sekitarnya. Manusia diketogerikan dalam aspek genetik dan ras. Bagi alam sekitar ialah iklim, seni bina dan sebagainya. Interaksi antara manusia dan alam sekitar tidak hanya harmonis dan ada pasang surutnya. Ada yang mendatangkan kebangaan dan ada juga yang mendatangkan konflik. Sama juga la dengan tindakan individu yang berhijrah ke sesuatu kawasan dengan tujuan untuk membuka tanah bagi tujuan pertanian. Oleh itu, ini menampakkan hubungan manusia dan alam sekitar yang akana menimbulkan konflik.
2. Sistem masyarakat
Struktur serta perubahan menampilkan kerangka huraian yang membezakan aspek material dan non-material yang membentuk budaya dan masyarakat di rantau ini. Selain itu, pengembangan teknologi maklumat meluaskan lagi penguasaan ciri hidup bandar ke wilayah yang jauh dari bandar, atau sebaliknya mendekatkan cara hidup pedalaman dengan gaya hidup bandar, seperti yang berlaku terhadap masyarakat tani pedalaman Chiapas.
3. Sistem ekonomi
Setiap peradaban dan masyarakat bergantung kepada ekonomi, teknologi, biologikal dan demografi, seasana kebendaan dan biologi menentukan masa depan sesebuah peradaban dan masyarakat. Peningkatan bilangan penduduk menyebabkan jumlan makanan yang diperlukan juga meningkat. Oleh itu, jumlah keluasan kawasan untuk pertanian juga diperlukan dengan lebih luas. Pengaruh globalisasi mengundang cabaran baru untuk pengkaji mengenai sistem ekonomi di rantau asia tenggara yang perlu diteliti bukan dari sudut politik tetapi perubahan nilai dan norma masyarakat rantau ini yang datang bersama-sama globalisasi, khusus dalam bentuk konsumerisme. Oleh itu, UMS berperanan penting dalam membangunkan projek ini kerana ia mempunyai ruang yang luas.
4. Sistem pemikiran
Sistem pemikiran yang wujud di rantau asia tenggara adalah dengan faktor kosmologi dan spiritualiti dengan pengalaman di bawah pengaruh beberapa agama. Oleh itu, sistem pemikiran di rantau ini yang dipengaruhi oleh kehadiran pemerintah kolonial Eropah juga penting untuk difahami kerana ianya telah memperkayakan kebanyakan bangsa.
Peradaban sistem pemikiran boleh di lihat dari tiga aspek peradaban iaitu:
1. Kosmologi dan spiritualiti
Pemikiran dari sudut kepercayaan dan agama yang akan menjadikan prinsip hidup sesorang individu.
2. Tradisi intelektual
Berkaitan pemikiran manusia yang berkaitan dengan teoogi dan falsafa serta akan diperhalusi dalam kesusasteraan dan tradisi lisan yang akan membentuk satu tradisi intelektual.
3. Sosial
Berkaitan pemikiran yang akan membentuk satu norma kolektif sosial, seperti sestem undang-undang dan peratuaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)